Bot nelayan Indonesia diusir - Utusan Malaysia

Bot nelayan Indonesia diusir

BOT nelayan Indonesia bersama 28 kru yang menceroboh perairan negeri ini diusir dengan serta-merta oleh Maritim Malaysia.-Gambar Maritim Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT : Sebuah bot nelayan Indonesia bersama 28 awak-awak yang didapati menceroboh perairan negeri ini diusir dengan serta-merta oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Ini merupakan pengusiran pertama dilakukan Maritim Malaysia Johor setelah arahan penahanan ditangguhkan sementara berikutan langkah pencegahan penularan Covid-19 warga asing.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kehadiran bot tersebut dikesan pada kedudukan 14.8 batu nautika barat daya Tanjung Labuh.

“Kehadiran bot itu dikesan oleh Bot Benteng Zon Maritim Batu Pahat yang sedang melaksanakan Op Benteng dan Op Jaksa di Sektor 7 perairan Batu Pahat pada pukul 5 petang.

“Bot Benteng Maritim ini kemudian merapat ke arah bot nelayan Indonesia tersebut dan mengarahkan berhenti untuk pemeriksaan.

“Bot berwarna hijau-biru dah bernombor pendaftaran A/711/KP-PS/OOI 132 itu didapati melepasi batu nautika garis sempadan perairan Malaysia-Indonesia lalu diiringi serta diusir keluar dari sempadan perairan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Nurul Hizam, memaklumkan bahawa pihaknya terus komited dalam menggalas tugas dan tanggungjawab walaupun cabaran keadaan cuaca yang tidak menentu pada hujung tahun, demi memastikan tiada pencerobohan

“Penguatkuasaan terhadap bot nelayan asing dan pendatang asing tanpa izin (PATl) ke dalam perairan negara dapat menghentikan pendemik ini yang melanda negara terutamanya di Johor,” katanya.

Beliau berkata, jika terdapat sebarang aduan jenayah maritim atau pencerobohan PATI di perairan Johor orang ramai boleh menghubungi talian hotline 24 jam Pusat Operasi Maritim Negeri Johor 072199404 atau talian hotline 24 jam National Task Force (NTF) 01162511223. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya