Bomoh larikan barang kemas mangsa direman 4 hari - Utusan Malaysia

Bomoh larikan barang kemas mangsa direman 4 hari

POLIS membawa seorang lelaki disyaki sebagai bomoh yang terlibat dalam kes penipuan untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Kuala Nerang hari ini. -UTUSAN/Shahir Noordin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Bomoh lelaki direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan memperdaya beberapa mangsa dengan melarikan barang kemas sejak Januari hingga September lalu.

Majistret Mahkamah Padang Terap, Mohd. Hadi Hakim Harun membenarkan reman tersebut selepas mendapat permohonan daripada polis untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Lelaki yang dikenali dengan nama Pak Su berusia 50 tahun ditahan di persimpangan lampu isyarat Jalan Kebun 500 di Pokok Sena dekat sini semalam pada pukul 5 petang. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintenden Elias Omar berkata, suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah berdasarkan maklumat dan risikan.

Beliau berkata, suspek yang merupakan pesara kerajaan dipercayai pulang ke kampungnya di Padang Sanai dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Petani.

“Bagaimanapun, dia berjaya ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan lanjut.

“Suspek dipercayai terbabit menipu enam individu yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya dan melarikan barang perhiasan emas dalam kes berasingan sejak Januari hingga September lalu,” katanya di sini hari ini.

Elias berkata, polis menerima enam laporan terhadap suspek berhubung kejadian itu dalam tempoh tersebut.

“Kesemua enam mangsa dipercayai berusia antara 32 hingga 60 tahun yang menetap di sekitar Padang Terap,” ujarnya.

Utusan Malaysia 31 Oktober lalu melaporkan seorang kerani yang percaya bumbung rumahnya ditimpa makhluk halus terpaksa berputih mata apabila barang kemas bernilai RM45,000 licin dikebas seorang bomoh palsu.

Kejadian berlaku di Padang Sanai  dan mangsa menyedari ditipu pada 8 September lalu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya