Bersatu perlu kemuka permohonan rasmi sertai MN - Utusan Malaysia

Bersatu perlu kemuka permohonan rasmi sertai MN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Muafakat Nasional (MN) yang terdiri daripada UMNO dan Pas perlu meneliti permohonan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai pakatan itu sebelum ia dimuktamadkan secara rasmi. 

Kumpulan Ilmuwan Negara, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose berkata, syarat tersebut dituntut kerana keputusan Bersatu untuk menyertai MN menimbulkan keraguan sedangkan sebelum ini wujud perselisihan antara MN dan parti tersebut yang diasaskan pada 8 September 2016. 

“MN  tidak sesekali memberi jaminan atau bayangan bahawa presiden Bersatu terus kekal sebagai perdana menteri sekiranya MN memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

“Kerusi perdana menteri harus mengambil kira kedudukan bilangan kerusi masing-masing bagi anggota MN dan parti yang mempunyai kerusi tertinggi perlu menduduki jawatan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

Menurut Raduan, syarat itu antara lain meminta MN untuk mengambil kira jumlah ahli dan sokongan di sesuatu kawasan selain pembahagian kerusi antara parti komponen dalam gabungan politik tersebut. 

“Perlu juga diambil ketetapan bahawa perkiraan ‘point of departure’ atau ‘baseline’ untuk penentuan kerusi tidak hanya melihat keputusan Pilihan Raya ke-14 (PRU-14).

“Ini  kerana ia adalah ‘the lowest point’ kedudukan BN sejak lebih 60 tahun angkara fitnah besar-besaran serta janji-janji manis yang terbukti mustahil untuk ditunaikan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya