Beringat seolah-olah berada di zon merah - Utusan Malaysia

Beringat seolah-olah berada di zon merah

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah berkenan menyertai program menjejaki dan menyantuni asnaf anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sekitar Kampung Kaki Bukit, Padang Besar, Perlis hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Rakyat di negeri ini dinasihatkan sentiasa berwaspada dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan Perlis bebas Covid-19 sekali gus kekal zon hijau.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang menzahirkan rasa syukur apabila Perlis kekal tanpa kes jangkitan baharu Covid-19 selama 25 hari sejak 12 Oktober lalu bertitah, rakyat jangan sesekali mengambil mudah selepas melihat perkembangan tersebut sebaliknya terus bersama mengekang penularan virus itu.

“Walaupun Perlis dalam keadaan terkawal dan belum disenaraikan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) namun kita janganlah sekali-kali ambil mudah sehingga meninggalkan SOP yang ditetapkan.

“Sentiasa mempraktikkan amalan beringat-ingat seolah-olah kita berada dalam zon merah agar peringatan itu mengekalkan Perlis zon hijau Covid-19,” titah baginda selepas berkenan berangkat pada program menjejaki dan menyantuni asnaf anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sekitar Kampung Kaki Bukit di sini semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya