Berhenti kerja 'makan gaji', buka kedai tayar - Utusan Malaysia

Berhenti kerja ‘makan gaji’, buka kedai tayar

MOHD. Zol Hairi sedang melakukan kerja menukar tayar dibengkelnya terletak di Pekan Nanas, Pontian. Gambar: MUHAMMAD ZIKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN : Seorang pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sebuah kilang di sini mengambil keputusan untuk berhenti kerja pada awal tahun ini demi untuk mengusahakan perniagaan menjual tayar dan bateri kenderaan sekali gus berjaya mendapat pendapatan sehingga RM16,000 sebulan.

Pemilik Bengkel  Azzuri Tayar dan Bateri, Mohd. Zol Hairi Jaafar, 39, berkata, dia terpaksa berbuat demikian demi menyara kehidupan keluarga dan tidak mahu lagi bergantung kepada makan gaji dengan sekitar RM4,700 sebulan.

Katanya, di atas dorongan keluarga di samping berbekalkan modal RM200,000 bagi mengubahsuai bangunan dan membeli peralatan, akhirnya impian untuk memiliki perniagaan sendiri tercapai pada tiga bulan lalu.

“Memandangkan saya ‘buta’ dengan kerja-kerja di bengkel tayar, saya sebelum itu berkerja dengan bengkel kereta milik sepupu selama tiga bulan bagi mempelajari segala ilmu berkaitan.

“Selama itu saya belajar membuka dan memasang tayar, ‘alignment’, menukar minyak hitam, menukar bateri serta pembaikan kerja-kerja kecil yang ditunjuk ajar oleh sepupu dan pekerjanya,” katanya ketika ditemui pemberita di bengkelnya terletak di Pekan Nanas bersebelahan Masjid Jamek Pekan Nanas di sini semalam.

Tambah Mohd. Zol Hairi, daripada aktiviti menjual  tayar baru dan terpakai, kedainya juga menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan kenderaan kepada para pelanggan dalam mendepani cabaran persaingan bengkel yang lain.

Katanya, nilai jualan bagi bulan pertama bengkelnya beroperasi mencapai RM12,000 diikuti RM16,000 dan diharap dapat mencapai RM20,000 bagi bulan ini.

Dia juga berharap keputusan untuk membuka perniagaan ini dapat memberi inspirasi kepada di dalam kalangan kaum Bumiputera untuk menceburi perniagaan bengkel kereta dan sentiasa mengharapkan sokongan orang ramai. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya