Berang ditegur bermain telefon, anak sanggup bunuh bapa - Utusan Malaysia

Berang ditegur bermain telefon, anak sanggup bunuh bapa

ANGGOTA polis mengawal lokasi kejadian bunuh di Rumah Rakyat Simpang Pertang, Simpang Pertang, Jelebu dekat sini hari ini.-UTUSAN/BADRUL HAFIZAN MAT ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Anak sanggup membunuh bapanya sendiri kerana berang ditegur kerana leka bermain telefon dalam kejadian di sebuah rumah di Rumah Rakyat Simpang Pertang, Simpang Pertang dekat sini.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden Maslan Udin berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi tadi itu, mangsa, Tan Yin Fah, 59, maut ditempat kejadian selepas ditikam suspek berusia 35 tahun pada bahagian depan dan belakang badan.

Menurutnya lagi, ibu mangsa berusia 85 tahun yang juga nenek suspek turut tinggal bersama mangsa di rumah berkenaan, namun, tiada di rumah semasa kejadian.

“Kejadian berlaku selepas mangsa menegur suspek yang asyik bermain dengan telefon kemudian berlaku pertengkaran antara kedua-duanya.

“Apabila bertengkar, mangsa telah memukul suspek dengan kerusi plastik dan selepas itu suspek menikam bapanya itu dengan pisau,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Tambah Maslan, mangsa meninggal dunia berhampiran pintu rumah manakala suspek yang melarikan diri berjaya ditangkap di sekitar Simpang Pertang pada pukul 9.50 pagi.

“Kejadian telah dimaklumkan oleh jiran dan sehingga kini motif kejadian dan jumlah tikaman masih dalam siasatan polis.

“Polis akan membuat permohonan reman terhadap suspek esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, suspek dan mangsa sering bertengkar sebelum ini, namun, kali ini, ia bertengkar dengan kematian.

“Suspek mula tinggal dengan bapanya sejak bulan Mac lalu selepas tidak lagi bekerja sejak Mac lalu. Kedua-dua mereka memang selalu bertengkar,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya