‘Belanjawan Covid-19’ - Saifuddin - Utusan Malaysia

‘Belanjawan Covid-19’ – Saifuddin

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Belanjawan 2021 digambarkan sebagai ‘Belanjawan Covid-19’ kerana usaha menangani wabak itu menjadi fokus utama kerajaan terutama membantu rakyat yang terjejas.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kerajaan tidak mengira soal defisit atau lebihan untuk mengemukakan segala peruntukan dalam Belanjawan itu, sebaliknya ia mengandungi apa-apa sahaja yang diperlukan untuk kepentingan rakyat. 

Menurut beliau, bagi meneruskan segala usaha dan keprihatinan kerajaan termasuk pelbagai pihak selama ini, dana yang mencukupi amat diperlukan, justeru, Belanjawan 2021 perlu diluluskan.

“Sekiranya perlu menambah hutang, maka, tambahlah. Apa yang mustahak ialah kerajaan mempunyai dana yang mencukupi untuk melaksanakan semua program dan projek pembangunan demi rakyat,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di Facebook beliau semalam.

Menurut beliau, usaha-usaha komunikasi perlu dilipatgandakan terutama dalam kalangan media kerana isu Covid-19 semakin kompleks. 

Sebagai contoh, katanya, perbanyakkan perkongsian dalam kalangan rakyat, termasuk netizen, seperti video pendek Pak Lajad (tentang penyampaian bantuan makanan kepada komuniti Bajau Laut di Sabah) dan video sentap Sofyan (melawat kawan-kawannya tanpa memakai pelitup muka). 

“Adakalanya, perkongsian bahan-bahan yang ‘raw’ begini lebih berkesan,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan tetap berusaha untuk merancakkan semula aktiviti-aktiviti ekonomi dengan membuat perancangan yang rapi. 

Katanya, ini seperti strategi ‘6R’, iaitu pembahagian dasar ekonomi kepada kepada enam tahap: Restore (Ketegasan), Resilience (Ketahanan), Restart (Memulakan-semula), Recovery (Pemulihan), Revitalise (Memperkasa) dan Reform (Menyusun semula). 

“Belanjawan 2021 yang akan dibentang esok ialah tahap kelima (Memperkasa) dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang akan dibentangkan pada Januari 2021 ialah tahap keenam (Menyusun semula).

“Ekonomi terjejas teruk. Terdapat sektor yang seakan-akan mati. Ramai menganggur. Apabila kita melaksanakan PKP, kerugian purata ialah sebanyak RM2.4 juta sehari,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya