Belanjawan 2021 manifestasi komitmen prihatin PN - Utusan Malaysia

Belanjawan 2021 manifestasi komitmen prihatin PN

MUHYIDDIN Yassin mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional secara sidang video di Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peruntukan terbesar Belanjawan 2021 dalam sejarah negara berjumlah RM322.5 bilion merupakan satu manifestasi komitmen serta keprihatinan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Muhyiddin yang juga Pengerusi PN berkata, langkah itu demi membela semula rakyat tanpa mengira kaum dan agama dalam menghadapi tempoh sukar penularan Covid-19.

Sehubungan itu katanya, amatlah wajar agar kesemua pihak mendukung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar mengutamakan rakyat dalam tempoh yang amat mencabar buat negara.

“Parti PN ingin menzahirkan sokongan penuh terhadap Belanjawan 2021 yang merangkumi lebih RM4.2 bilion untuk mengurangkan beban rakyat, lebih RM4 bilion kepada barisan hadapan dalam memerangi Covid-19 dan RM3 bilion untuk menjana 500,000 pekerjaan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PN secara sidang video di Putrajaya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya