Belanjawan 2021 lulus bukti solidariti UMNO, BN - Utusan Malaysia

Belanjawan 2021 lulus bukti solidariti UMNO, BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2021 yang lulus di peringkat dasar semalam menjadi bukti solidariti Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Presiden  UMNO, Datuk Seri  Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan tersebut dibuat selepas dua syarat menyokong Belanjawan 2021 diperakui sepenuhnya.

“Alhamdulillah. Keputusan parti melalui  Majlis Kerja Tertinggi MKT yang menyokong Bajet 2021 dengan dua syarat telah diperakui sepenuhnya. 

” Solidariti UMNO dan BN terpancar melalui kelulusan Belanjawan tersebut,” katanya menerusi Facebook miliknya semalam.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan Kabinet berjaya melalui ujian terbesar tahun ini apabila Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 diluluskan melalui suara majoriti di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Meskipun terdapat cubaan untuk mencadangkan undian secara belah bahagi, hasrat yang dikemukakan pembangkang itu nampaknya gagal apabila tidak mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen pembangkang.

Lulusnya Belanjawan 2021 di peringkat dasar semalam  menunjukkan perubahan peruntukan yang dilakukan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz terutamanya dalam soal pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjaya menarik perhatian pembangkang dan mengukuhkan sokongan ahli Parlimen kerajaan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya