Belanjawan 2021: Beri penekanan peruntukan kesihatan-Dzulkefly  - Utusan Malaysia

Belanjawan 2021: Beri penekanan peruntukan kesihatan-Dzulkefly 

DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan perlu memberi penekanan peruntukan terhadap Kementerian Kesihatan pada Belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan Jumaat ini.

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, peningkatan peruntukan bagi sektor kesihatan perlu dilakukan bagi memastikan pandemik Covid-19 dapat dihentikan sepenuhnya.

“Kerajaan perlu meningkatkan peruntukan bagi memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan awam dan kemudahan-kemudahan hospital untuk menangani penyakit-penyakit berjangkit seperti Covid-19, demam denggi dan sebagainya.

“Selain penyakit berjangkit, peruntukan ini juga penting untuk membasmi penyakit-penyakit tidak berjangkit dan juga kes-kes kematian pra-matang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Dzulkefly yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, peruntukan sektor itu harus ditingkatkan supaya mana-mana pihak di dalam Malaysia dapat membangunkan vaksin Covid-19.

Katanya, pelbagai peralatan kesihatan yang mencukupi perlu dalam memastikan mereka dapat melakukan tugas merawat pesakit dilaksanakan dengan baik.

“Kerajaan perlu memberikan peruntukan besar kepada pelbagai petugas barisan hadapan supaya mereka dapat melakukan tugas mengekang Covid-19 dengan lebih lancar.

“Malah, peruntukan ini juga perlu dalam menambahbaik fasiliti kesihatan di negeri Sarawak dan Sabah supaya rakyat di dua negeri ini dapat akses kesihatan yang lebih baik,” tegasnya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN