Bekas CEO, isteri ditahan terlibat rasuah RM140 juta - Utusan Malaysia

Bekas CEO, isteri ditahan terlibat rasuah RM140 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Seorang Bekas CEO dan isteri yang juga merupakan seorang Pengarah Syarikat yang disenarai dalam BURSA Malaysia telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Pasangan tersebut berusia 63 tahun ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya bagi membantu siasatan kes rasuah dan pecah amanah berjumlah RM140 juta.

Menurut sumber, kedua-dua mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jenayah Rasuah Shah Alam esok bagi menghadapi beberapa pertuduhan.

“Mereka akan dituduh di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 409 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN