Bekas banduan ditahan edar dadah - Utusan Malaysia

Bekas banduan ditahan edar dadah

MOHD. Zaki Ashar (tengah) menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di Alor Setar hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR:  Polis menahan seorang bekas banduan dan merampas dadah jenis heroin serta syabu bernilai RM74,900 di Kampung Malau, Jitra,  Kubang Pasu dekat sini Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah, Asisten Komisioner Mohd. Zaki Ashar  berkata, lelaki berusia 36 tahun itu dipercayai pengedar dadah ditahan ketika berada di dalam kereta jenis Perodua Myvi di hadapan sebuah rumah di kampung tersebut pada pukul 5.30 petang.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di dalam kereta itu menjumpai satu beg galas di tempat duduk penumpang hadapan.

Katanya,  polis telah menemui satu bungkusan lut sinar dan 16 peket plastik lut sinar berisi dadah disyaki syabu anggaran berat 1.6 kilogram (kg) serta 11 peket lutsinar berisi dadah disyaki heroin seberat 1.5 kg ditemui dalam beg galas itu.

“Suspek sebelum itu bertindak cuba melarikan diri dengan memecut kenderaan yang dinaiki secara bahaya dan merempuh kenderaan polis berulang kali.

“Bagaimanapun suspek yang mempunyai rekod jenayah dadah sebelum ini berjaya ditahan setelah berlaku pergelutan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK).di sini hari ini.

Selain itu, Mohd. Zaki berkata,  polis juga menyita sebuah kereta jenis Proton Exora, seutas rantai dan loket dipercayai emas serta wang tunai bernilai RM1,100.

Beliau memberitahu, lelaki tersebut yang juga bekerja sebagai pekebun dipercayai menjalankan kegiatan mengedar dadah  selepas dibebaskan dari penjara pada awal tahun ini.

“Lelaki itu direman selama tujuh hari bermula semalam dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -UTUSAN ONLINE

,

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya