Beberapa siri operasi gempur majikan tidak patuh Akta 446 - Utusan Malaysia

Beberapa siri operasi gempur majikan tidak patuh Akta 446

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia memaklumkan beberapa majikan bakal didakwa atas pelbagai kesalahan dan ketidakpatuhan Perakuan Penginapan untuk pekerja mereka.

Ia hasil susulan beberapa operasi penguatkuasaan yang dijalankan melalui ibu pejabat Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia dan Jabatan Tenaga Kerja peringkat negeri.

Menerusi kenyataan di sini hari ini, kementerian itu menyatakan pihaknya telah mengadakan siri operasi sehingga 19 November lalu termasuk dua yang berlangsung secara serentak.

“Ini melibatkan dua kawasan di sekitar Klang, Selangor dan juga sebuah tapak pembinaan di Kuala Lumpur,” katanya tanpa mendedahkan lokasi terperinci operasi yang dilakukan itu.

Kementerian itu ujarnya, terus komited dalam usaha penguatkuasaan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 atau turut dirujuk sebagai Akta 446.

Kegagalan pihak majikan yang ingkar dan tiada Perakuan Penginapan boleh menyebabkan mereka dihukum denda sehingga RM50,0000 di bawah Seksyen 24d subseksyen (3).

“Bagi penyedia penginapan berpusat, boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya di bawah Seksyen 24d subseksyen (4),” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya