Bawa e-hailing sambil jual dadah  - Utusan Malaysia

Bawa e-hailing sambil jual dadah 

NOORZAINY MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Polis menahan tiga pemandu e-hailing lelaki di sini yang disyaki menjual dadah diproses mereka sendiri di sebuah pangsapuri di sini ketika melakukan pekerjaan itu.

Penahanan mereka hasil serbuan sepasukan polis daerah Seberang Perai Utara (SPU) di  Pangsapuri Luminari  di sini kira-kira pukul 12.40 tengah malam Jumaat lalu.

Selain tiga pemandu e-hailing berusia antara 35 hingga 43 tahun itu, turut ditahan dalam serbuan tersebut  ialah seorang wanita pekerja restoran dan pub berusia 26 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, dalam serbuan itu, polis menemukan sebanyak 140 paket serbuk minuman berperisa seberat 3,524 gram (g) dan enam botol minuman berperisa disyaki mengandungi dadah MDMA.

Turut dirampas, katanya, dadah disyaki ketamin seberat 27.25 g, 25 g serbuk ekstasi dan tiga biji pil Ekstasi yang kesemuanya bernilai RM40,729.

Ujar beliau, pangsapuri yang disewa itu didapati dijadikan tempat menyimpan dan memproses dadah berkenaan yang disyaki untuk dipasarkan kepada mereka yang mahu berhibur.

“Sindiket ini disyaki membuka pek asal serbuk minuman berperisa limau dan strawberi itu dan dicampurkan dengan MDMA sebelum menutup semula pek.

“Setiap bungkus serbuk minuman itu dijual pada harga RM250 dan ada yang dimuatkan di dalam bungkusan besar  mengandungi 15 pek bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah SPU, di sini semalam.

Noorzainy berkata, siasatan lanjut mendapati ketiga-tiga suspek lelaki yang ditahan merupakan pengedar dadah berkenaan dan dipercayai menjual dadah tersebut ketika membawa e-hailing manakala suspek wanita diisyaki menjualnya di tempat dia bekerja.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati suspek lelaki positif dadah manakala suspek perempuan negatif selain kesemua mereka tidak mempunyai rekod lampau.

Beliau berkata, hasil serbuan itu, polis turut menyita dua buah kereta jenis Honda City dan Toyota Prius bernilai RM87,400.

“Kesemua suspek direman selama lima hari sehingga hari ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya