Bapa mertua bekas Menteri Besar Terengganu meninggal - Utusan Malaysia

Bapa mertua bekas Menteri Besar Terengganu meninggal

Status yang dimuat naik Ahmad Said di Facebook hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Bapa mertua bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said meninggal dunia awal pagi ini akibat asma. 

Ahmad yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, Allahyarham Mahmud Omar, 77, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kemaman pada pukul 2.59 pagi.

“Ayah kepada isteri saya, Toh Puan Seri Norliza telah kembali ke rahmatullah dan jenazah dibawa ke rumah saya di Teluk Kalong.

“Solat jenazah dilakukan pada pukul 10 pagi ini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal berkata, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Teluk Kalong selepas selesai solat jenazah. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya