Bantuan kepada 200 individu B40  - Utusan Malaysia

Bantuan kepada 200 individu B40 

Dr. Shahar Alyahya (tiga dari kiri) memberi sumbangan kepada salah seorang penduduk Taman Pandamaran Jaya sambil disaksikan Azmizam (empat dari kiri)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seramai 200 individu golongan berpendapatan rendah (B40) di Taman Pandamaran Jaya, Klang menarik nafas lega apabila menerima bantuan barangan keperluan asas daripada Pasukan Sukarelawan Penyelamat Kecemasan dan Perubatan Bakti Malaysia (PSPKPBM), hari ini.

Salah seorang penerima bantuan, S. Selvi, 45, menyifatkan bantuan yang diterima itu tepat pada masanya kerana pendapatan keluarganya merosot sejak Mei lalu.

“Sebelum ini gaji bulanan suami adalah RM2,000, tetapi terpaksa dipotong sebanyak RM500 oleh majikannya sejak Mei lalu. Pemotongan gaji ini jelas memberi kesan kepada kami sekeluarga kerana saya juga tidak bekerja.

“Bagi menampung kehidupan, saya bersama lima beranak perlu berjimat cermat dengan hanya membeli barang-barang penting sahaja,” katanya dalam Program Sumbangan Makanan Asas anjuran PSPKPBM di Dewan Serbaguna MPKK di Taman Pandamaran Jaya, di sini hari ini.

Terdahulu, dalam program tersebut, setiap ahli keluarga menerima sumbangan beras 10 kilogram (kg), tepung gandum, gula dan bahan makanan kering lain yang dianggarkan bernilai RM50.

Yang turut hadir, Penasihat Eksekutif PSPKPBM, Datuk Seri Dr. Shahar Alyahya dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri.

Dalam pada itu, Dr. Shahar berkata, sumbangan tersebut adalah misi bantuan ke-50 yang dilakukan pihaknya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa pada Mac lalu.

“Sebelum ini, kita telah memberikan sumbangan kepada individu terjejas di Kuala Lumpur, Selangor, dan Johor. Kita juga telah memberi sumbangan sebanyak 300 cecair serum bagi mencegah Covid-19 yang dianggarkan bernilai RM500,000 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dua bulan lalu.

“Kita akan terus melakukan misi bantuan di seluruh negara dan mereka yang ingin memohon bantuan boleh menghubungi pihaknya di talian 03-91303378,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya