Banjir termenung : lapan mangsa masih ditempatkan di PPS - Utusan Malaysia

Banjir termenung : lapan mangsa masih ditempatkan di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kesemua lapan mangsa banjir terakhir di negeri ini masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merchang di Marang.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, mereka yang terdiri daripada tiga keluarga itu dijangka berada di PPS berkenaan dalam tempoh dua ke tiga hari lagi berikutan kejadian banjir termenung yang menimpa kediaman masing-masing.

“Ketika ini air dianggarkan mencecah satu meter dan mereka perlu tinggal di PPS sementara menunggu banjir termenung surut.

“Bermula esok hingga 3 Disember, kawasan utara Terengganu diramalkan mengalami hujan lebat susulan amaran cuaca waspada (kuning) yang dikeluarkan Jabatan Mateorologi dan kita menjangkakan kebarangkalian banjir boleh berlaku di kawasan berisiko di Kuala Nerus, Setiu dan Besut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya