Banjir: PPS di Teluk Intan dibuka, Matang ditutup - Utusan Malaysia

Banjir: PPS di Teluk Intan dibuka, Matang ditutup

MANGSA banjir yang ditempatkan di PPS SK Kayan, Manjung yang mula dibuka sejak semalam. - GAMBAR IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seramai 318 mangsa banjir daripada 102 keluarga masih ditempatkan di pusat empat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini sehingga pukul 9 pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, sebuah PPS dibuka pada pukul 11 malam iaitu di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Teluk Intan.

Menurut, PPS tersebut menempatkan 17 mangsa daripada empat keluarga dari Batu 9, Changkat Jong, Teluk Intan.

“PPS SRAR Ngah Ibrahim di daerah Larut, Matang dan Selama yang menempatkan 42 mangsa daripada 13 keluarga sejak 20 November lalu, ditutup pada pukul 8.45 pagi ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut jurucakap itu, lain-lain PPS yang masih dibuka ialah di SK Parit Haji Aman, Bagan Serai (168), SK Changkat Lobak, Bagan Serai (75) dan SK Kayan di Manjung (30). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya