Banjir kilat, tujuh beranak di Kampung Binjai dipindahkan  - Utusan Malaysia

Banjir kilat, tujuh beranak di Kampung Binjai dipindahkan 

SEORANG penduduk Kampung Binjai di Chendering, Kuala Terengganu melihat kediamannya dinaiki air akibat banjir kilat malam tadi.-UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tujuh beranak termasuk dua warga emas diselamatkan pasukan bomba susulan kediaman mereka di Kampung Binjai, Chendering di sini dilanda banjir kilat malam tadi.

Mangsa, Mat Harun Awang, 71, berkata, kediamannya mula dinaiki air kira-kira pukul 6 petang dan hujan lebat dalam tempoh sejam menyebabkan air banjir meningkat sehingga ke paras pinggang.

“Apabila menyedari bahagian dapur dimasuki air separas buku lali, isteri saya, Ngah Ali, 71, segera menghubungi anak yang tinggal di Dungun untuk memaklumkan tentang kejadian ini.

“Saya tidak sangka air naik terlalu cepat ketika mahu ke surau berdekatan untuk solat Maghrib,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Menurut Mat Harun, dia bersama isteri, anak, menantu dan tiga cucu berusia antara dua hingga enam tahun terperangkap dalam rumah yang ditenggelami air sehingga diselamatkan pihak bomba.

Sementara itu, Ketua Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Mokhtar Dollah berkata, pihaknya dengan kekuatan lima anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.22 malam.

Katanya, sebuah bot digunakan bagi memindahkan kesemua enam beranak itu berikutan paras air yang mencecah satu meter.

“Mangsa dibawa keluar menggunakan bot kerana terdapat dua warga emas yang mengalami sakit lutut dan membahayakan mereka untuk mengharungi air banjir yang setinggi paras pinggang.

“Operasi memindahkan mangsa hanya melibatkan satu keluarga manakala dua rumah lain yang ditenggelami air tidak berpenghuni ketika ini,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya