Banjir kilat sekitar pusat bandar KL - Utusan Malaysia

Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

PENDUDUK bertungkus-lumus membersihkan kawasan rumah yang dinaiki banjir kilat di Kampung Baru, Kuala Lumpur. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hujan lebat sejak pukul 4.30 petang ini menyebabkan beberapa kawasan sekitar pusat bandar dinaiki air termasuk di Kampung Baru dekat sini.

ITIS Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Twitter memaklumkan, beberapa jalan utama ditakungi air menyebabkan trafik sesak dan kenderaan bergerak perlahan.

Laluan tersebut antaranya di Jalan Kuching, Jalan Kinabalu, Jalan Tun Razak, Jalan Istana serta di Jalan Klang Lama.

Di Lebuhraya DUKE, pengguna media sosial turut memuat naik video menunjukkan lebuh raya itu dinaiki air. – UTUSAN ONLINE

PENDUDUK menyelamatkan barang berharga selepas kediaman mereka di Kampung Baru, Kuala Lumpur dinaiki air. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya