MELAKA: Seramai 177 mangsa banjir masih berada di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah yang terjejas di negeri ini setakat pukul 6 petang berbanding 235 penduduk, semalam.
Daripada jumlah itu, seramai 171 daripadanya adalah penduduk di Jasin yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel dan SK Parit Gantong.
Manakala, hanya tinggal enam sekeluarga berlindung di SK Durian Tunggal sementara Daerah Melaka Tengah diisytiharkan bebas sepenuhnya bencana itu buat masa ini. -UTUSAN ONLINE