Banjir: 80 penduduk  Kampung Batu 10 terpaksa pindah - Utusan Malaysia

Banjir: 80 penduduk  Kampung Batu 10 terpaksa pindah

ANGGOTA bomba mendukung seorang kanak-kanak lelaki yang menjadi mangsa banjir di Kampung Batu 10, Skudai semalam.-ihsan Bomba Johor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Hujan lebat dan pelepasan air empangan Loji Pub telah menyebabkan Kampung Batu 10, Skudai di sini dinaiki air setinggi empat kaki sehingga menyebabkan 80 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Skudai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamad Riduan Akhyar berkata, operasi menyelamat digerakkan sejurusnya menerima menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 6.52 petang semalam.

Menurut beliau, seramai 13 anggota beserta tiga jentera termasuk sebuah bot dikejar ke lokasi kejadian.

“Kesemua 80 mangsa berjaya diselamatkan dengan menggunakan bot aluminium yang dibawa dan dihantar ke Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan Batu 10, Skudai.

“Operasi menyelamat itu turut dibantu anggota polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Angkatan Pertahanan Awam dan Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mangsa yang diselamatkan terdiri daripada 44 dewasa, 35 kanak-kanak berserta seorang lelaki orang kurang upaya (OKU).

Tambahnya, hujan lebat di kawasan berkenaan dilaporkan bermula sejak pukul 4 petang hingga 5 petang.

“Akibat hujan lebat itu, air di empangan terpaksa dilepaskan sehingga turut menyebabkan kediaman penduduk yang berhampiran Sungai Skudai dinaiki air,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya