Banjir: 108 mangsa dipindahkan di Melaka - Utusan Malaysia

Banjir: 108 mangsa dipindahkan di Melaka

MANGSA mengangkut barangan untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran banjir yang melanda Kampung Kilang Berapi, Merlimau di Jasin, semalam. UTUSAN/ RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Sebanyak 108 mangsa daripada 33 buah keluarga di daerah ini dan Alor Gajah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran banjir yang melanda kediaman mereka sejak malam tadi.

Pengerusi Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Jasin, Datuk Anis Ali Hasan berkata, 79 mangsa daripada 24 keluarga di daerah ini dipindahkan ke dua PPS iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum dan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tedong.

Beliau berkata, kediaman penduduk mula dinaiki air sejak pukul 7 malam sebelum keadaan bertambah teruk kira-kira dua jam kemudian sehingga memaksa mereka berpindah untuk menyelamatkan diri.

“Faktor hujan lebat dan air pasang besar dipercayai menyumbang kepada kejadian banjir kali ini yang melibatkan beberapa kawasan termasuk Taman Merlimau Mekar; Taman Merlimau Megah, Kampung Kilang Berapi dan kawasan berhampiran Sekolah Dato’ Abdul Rahman Yaakub.

“Kawasan lain yang turut ditenggelami air adalah Pekan Tedong, Paya Lengkong, Seri Mendapat dan Lubuk Kasau. PPS SMK Dang Anum menempatkan 19 keluarga dan 11 keluarga lagi di SK Tedong,” katanya ketika ditemui di PPS SMK Dang Anum tengah malam tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN