Aroma kopi sampai ke Afrika - Utusan Malaysia

Aroma kopi sampai ke Afrika

Hazilah Abdul Rahman bersama sebahagian daripada produk keluaran syarikat, Terang Bulan Food Industries (M) Sdn. Bhd. di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Ketika kebanyakan usahawan lain mengeluh akibat sukar ‘bernafas’ semasa penularan pandemik Covid-19, seorang wanita ligat memikirkan bagaimana untuk maju dalam perniagaannya tanpa terlalu bergantung kepada pihak lain.

Sebagai seorang pewaris kepada legasi perniagaan kopi yang berusia hampir separuh abad daripada arwah bapanya, Hazilah Abdul Rahman, 45, berkata, dia tidak boleh sama sekali ‘tenggelam’ atau berputus asa ketika hasil jualan kopi tidak begitu memberangsangkan ketika ini.

Sehubungan itu, katanya, dia memilih mewujudkan perniagaan sampingan berupa pewangi atau haruman badan di bawah jenama Felorra sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 9 November lalu.

Dia tetap memastikan produk utama keluaran syarikatnya ketika ini iaitu kopi campuran ‘5 Dalam 1, Guarana Cappucino’ kekal relevan di pasaran.

“Dalam keadaan sekarang, saya tahu tidak boleh terlalu bergantung kepada satu-satu produk sahaja dan perlu kreatif teruskan survival dalam perniagaan,” kata Pengarah Terang Bulan Food Industries (M) Sdn. Bhd, itu kepada Utusan Malaysia, di sini semalam.

Diinspirasikan daripada beberapa jenama haruman badan terkenal seperti Boomshell, Gucci Flora, Mont Blanc dan Dunhill Red/Blue, produk jenama Felorra boleh didapati dalam dua varian utama iaitu botol bersaiz 20 pada harga RM22 dan 10 mililiter pada harga RM45 (tiga botol).

Ujarnya, ketika ini, lebih 100 buah botol terjual dan dia turut mempromosikan haruman badan itu sebagai hadiah bagi setiap pembelian kopi serta sebaliknya.

Dalam perkembangan lain, kata Hazilah, Covid-19 dan PKPB tidak menghalang Terang Bulan daripada melebarkan sayap perniagaan hingga ke Nigeria selepas menguasai hampir sebahagian pasaran di Asia Tenggara selain beberapa negara Asia Barat termasuk Arab Saudi dan Palestin.

Katanya, permintaan di Nigeria serta beberapa negara Afrika lain terutama terhadap produk seperti kopi dan teh ketika ini sentiasa ada serta agak tinggi.

“Masalahnya adalah kesukaran menembusi pasaran Afrika disebabkan harga lesen (import dan eksport) yang terlalu mahal dan itu tidak termasuk cukai, pembungkusan serta beberapa perkara lain lagi.

Syarikatnya kini mampu menghasilkan 500 kg kopi sehari. Mereka yang berminat boleh menghubungi talian 016-4125597.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya