KUALA TERENGGANU: Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman dinobatkan sebagai penerima Anugerah Malaysia Tourism Heroes.
Pengiktirafan itu diberikan oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dalam Sidang Kemuncak Emas Pelancongan Malaysia 2020 yang diadakan secara dalam talian, semalam.
Ariffin berkata, penganugerahan itu adalah hasil kerjasama semua pihak terutama kakitangan Jabatan Pelancongan negeri di samping jabatan, agensi dan pemain-pemain industri yang banyak membantu serta memberikan sokongan.
“Kemenangan ini adalah hadiah untuk Terengganu hasil kerjasama semua pihak, semoga kecemerlangan sebegini dapat diteruskan dan ditambah baik dalam usaha meningkatkan lagi produktiviti serta memacu pembangunan negeri.
“Saya mendoakan agar Terengganu terus maju dalam usaha merealisasikan misi mencapai status negeri pelancongan,” katanya hantaran di laman Facebook di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE