APM 'cekup' tedung selar leka makan biawak - Utusan Malaysia

APM ‘cekup’ tedung selar leka makan biawak

Tedung selar seberat 15 kilogram berjaya ditangkap oleh anggota APM Machang di Kampung Belukar, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Seekor ular tedung selar sepanjang lima meter ‘dicekup’ anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Machang dalam sebuah tandas di Kampung Belukar di sini semalam.

Reptila seberat 15 kilogram itu dicekup ketika sedang leka membaham seekor biawak.

Pegawai APM Machang, Leftenan (PA) Mohd. Razman Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.45 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota telah dikerah ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menangkap reptilia itu.

“Sejurus tiba di lokasi, anggota APM telah membuat pemeriksaan dan menemukan seekor ular tedung selar,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Razman memberitahu, hasil kecekapan anggota APM telah berjaya menumpaskan ular tersebut.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya