Angka banjir di Kemaman menurun kepada 897 mangsa

Angka banjir di Kemaman menurun kepada 897 mangsa

DUA lelaki meredah banjir yang semakin surut di Kemaman dan hampir 500 penduduk dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. - FOTO/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Keadaan cuaca baik dalam tempoh 12 jam di daerah Kemaman membolehkan hampir 500 mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing sekali gus menjadikan angka yang terjejas akibat bencana itu berkurang kepada 897 orang.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, setakat pukul 8 pagi ini kesemua mangsa daripada 229 keluarga itu ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, sejak petang semalam sebanyak tiga PPS di daerah itu ditutup iaitu Masjid Kampung Dadong, Balai raya Kampung Teladas dan Dewan Gerakan Daya Wawasan.

“Cuaca yang baik tanpa hujan di Kemaman membolehkan paras air di sungai-sungai utama mencatatkan tren penurunan.

“Jika keadaan cuaca berterusan baik kita menjangkakan akan ada lagi PPS yang ditutup dengan sebahagian penduduk boleh pulang ke rumah masing-masing,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Che Adam, selain Kemaman, seramai 130 penduduk terjejas banjir direkodkan di Dungun di samping Marang (14), dengan jumlah keseluruhan seramai 1,041 mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya