KUALA KANGSAR: Seorang anggota Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh positif Covid-19, Sabtu lalu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Azmi Osman berkata, anggota berusia 30-an itu kini menjalani rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.
“Bagi anggota lain dalam pasukan C di balai berkenaan, 11 orang yang merupakan kontak rapat telah menjalani ujian saringan pengesanan Covid-19 dan keputusan ujian itu akan diketahui hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada program Kesedaran Keselamatan Aktiviti Air di Taman Tema Eko-Rimba Ulu Kenas di sini hari ini.
Katanya, bantuan dari balai bomba terdekat termasuk Meru, Gopeng dan Pasir Puteh akan digunakan sekiranya berlaku kecemasan terutama membabitkan kejadian kebakaran. – UTUSAN ONLINE