Amaran cuaca kini di paras waspada  - Utusan Malaysia

Amaran cuaca kini di paras waspada 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka berterusan di beberapa daerah di Terengganu dan Kelantan.

Jabatan itu dalam kenyataan memaklumkan daerah yang dijangka terlibat di Kelantan adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bahru, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Menurut kenyataan itu, hujan lebat turut dijangka berlaku di Perak iaitu Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta selain di Gua Musang, Kelantan serta Pahang di daerah Jerantut, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin.

Hujan lebat juga dijangka berlaku di seluruh negeri Perlis serta Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling di Kedah.

Tambah kenyataan, angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 km/jam dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka berlaku di perairan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dalam tempoh tersebut.

Ribut petir dan hujan lebat juga dijangka berlaku di beberapa daerah kawasan negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak. 

Manakala keadaan cuaca di negeri Pahang dan Sabah dijangka akan bertambah baik di kawasan Jerantut, Pekan dan Rompin dan di Sabah iaitu kawasan Sandakan, telupid, Beluran dan Kudat.

Dinasihatkan semua penduduk di kawasan yang kerap berlaku banjir mengambil Langkah berjaga-jaga serta sentiasa memastikan keselamatan diri dan keluarga.

Orang ramai boleh dapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan , aplikasi mobil Mycuaca dan laman media sosial rasmi jabatan atau boleh juga menghubungi hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN