Alif alih perhatian dengan mengaji - Utusan Malaysia

Alif alih perhatian dengan mengaji

ALIF SATAR dan SHA DILA Halid bersama anak-anak mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Berjauhan dengan keluarga tersayang ketika disahkah positif Covid-19 mungkin menjadi antara perkara yang cukup merisaukan Alif Satar ketika ini.

Berkongsi keadaan terkini suaminya, Sha Dila Halid memberitahu Alif kini berada dalam keadaan baik selain banyak melakukan aktiviti dalam meredakan kerisauannya.

“Biarpun saya tahu emosi dan fikirannya terganggu. Namun dia tidak mahu terus terganggu dengan perasaan itu.

“Ketika ini dia cuba alih rasa tak sedap itu dengan bersenam, mengaji dan macam macam lagi. Dalam masa sama dia juga risaukan keadaan kami di sini.

“Ikutkan dia ada minta untuk dipindahkan ke pusat perubatan di Sungai Buloh, tapi doktor di Melaka tak bagi. Saya juga berharap dan tak putus doa supaya dia terus kuat dan akan sembuh macam sedia kala,” katanya.

Sementara itu, Sha Dila memberitahu, buat masa ini dia dan tiga lagi orang anaknya masih belum mengetahui keputusan ujian saringan.

“Saya sudah membuat ujian calitan kira-kira pukul 9.30 pagi tadi dan keputusan hanya akan diketahui dalam tempoh 24 jam.

“Sebak sampai menangis melihat tiga anak saya juga perlu melalui proses sama. Anak sulung agak okey dan hanya terkejut sedikit ketika melakukan ujian calitan di bahagian hidung dan mulut.

“Anak kedua mulanya agak takut tapi berjaya ditenteramkan. Yang paling bongsu pula menangis sekejap saja, lepas itu okey,” kata Sha Dila.

Ahad lalu, Alif mengesahkan dia positif Covid-19 melalui perkongsian di Instagram miliknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya