Ajal dalam parit - Utusan Malaysia

Ajal dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Kehilangan seorang buruh sejak dua hari lalu terungkai apabila mayatnya ditemukan dalam parit di Kampung Simpol, Tok Uban di sini semalam.

Mayat Ismail Ab. Ghani, 26, ditemui oleh orang awam pada pukul 3 petang di dalam parit berkenaan.

Sebuah motosikal milik mangsa yang tenggelam dalam parit tersebut turut ditemui.

Difahamkan, Ismail telah keluar dari rumahnya di Kampung Simpol pada pukul 7 petang.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif berkata, mangsa dikatakan keluar daripada  rumah dengan menunggang motosikal untuk membeli rokok.

“Walau bagaimanapun, mangsa tidak pulang ke rumah. Selepas gagal menghubungi mangsa menggunakan telefon bimbit, keluarganya telah datang ke balai untuk membuat laporan,” katanya.

Mohamad Roy Suhaimi memberitahu, hasil siasatan dijalankan mendapati kematian mangsa tidak mempunyai kaitan dengan unsur-unsur jenayah.

Katanya, semakan rekod lampau didapati mangsa tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan dadah.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN