Air pasang besar di Batu Pahat  - Utusan Malaysia

Air pasang besar di Batu Pahat 

BEBERAPA lokasi sekitar Taman Desa Sri Banang, Batu Pahat dinaiki air ekoran fenomena air pasang hari ini. - FOTO/MOHAMAD FAHD RAHMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Pertembungan air pasang besar dan hujan menyebabkan kediaman penduduk di Taman Desa Sri Banang, Kampung Sungai Ayam dan Kampung Muhibbah Peserai dinaiki air hari ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Batu Pahat, Leftenan Mohd. Faezie Abdul Aziz berkata, air naik kira-sehingga 385 sentimeter di kawasan berkenaan namun mulai surut beberapa jam selepas itu.

“Terdapat sebanyak 100 buah rumah di Taman Desa Sri Banang yang dinaiki air pada 10 pagi tadi manakala ketika kami memantau di Kampung Sungai Ayam dan Kampung Muhibbah Peserai waktu yang sama, air sudah surut di lokasi berkenaan.

“Tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka namun kami bersiap sedia bagi jangkaan fenomena air pasang besar dan hujan lebat yang dijangka berlaku petang esok.

“Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Batu Pahat yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi sudah bersedia untuk memantau perkembangan ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, laporan terkini mengenai jadual pasang surut air dikeluarkan Jabatan Meteorologi dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya