Ahmad Faizal hadapi undi percaya di DUN Perak - Utusan Malaysia

Ahmad Faizal hadapi undi percaya di DUN Perak

MOHAMMAD Zahir (kanan) dan Setiausaha DUN Perak, Muhammad Nazri Abdullah dalam sidang akhbar di Ipoh hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berdepan usul undi percaya yang akan dibahaskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula pada Jumaat ini.

Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid mengesahkan menerima usul itu yang dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baharu dari UMNO, Abd. Manaf Hashim.

Menurutnya, usul itu merupakan usul individu dan diterima kerana memenuhi syarat dan peraturan dewan.

“Usul undi percaya bukan perkara yang janggal atau diluar tabii.

“Usul undi percaya ini memang ada, dalam dewan rakyat pun ada usul percaya dibawa oleh ahli yang berhormat.

“Ini bukan satu inovasi, ini bukan satu kejanggalan atau di luar tabii tetapi ada dalam amalan dewan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurutnya, setakat ini usul itu dijadual akan bahaskan dalam persidangan kali ini kecuali ada permintaan usul itu ditarik balik.

“Usul ini boleh ditarik oleh yang membawa usul, kalau ikut peraturannya macam itu,” katanya.

Ditanya mengenai kewajaran usul berkenaan diterima dan dibahaskan dalam persidangan DUN, Mohammad Zahir berkata, beliau hanya mempengerusikan persidangan.

Menurutnya, sebagai Speaker, beliau bersikap bebas dan adil dalam apa jua perkara.

“Sebab, tujuan dan maksud usul ini dibawa, itu kena tanya yang membawa usul dan ahli yang berhormat yang lain.

“Kita cuma proses, kita di peringkat Speaker dewan dan urusetia terima usul yang cukup notisnya, cukup syarat-syarat dan yang lain-lain merujuk kepada peraturan dewan yang betul, maka kita bawa usul ini,” katanya.

Dalam suratnya kepada Speaker DUN Perak pada 18 November lalu, Abd. Manaf berkata, Ahmad Faizal mendapat sokongan mencukupi majoriti anggota dewan, maka beliau mengajukan usul keyakinan terhadap Ahmad Faizal.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya