Ahli Parlimen, petugas perlu patuh SOP setiap masa - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen, petugas perlu patuh SOP setiap masa

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen dan petugas di Parlimen perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apabila kembali ke kawasan masing-masing bagi mengelakkan jangkitan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, SOP perlu dipatuhi bukan sahaja ketika menghadiri persidangan Dewan Rakyat tetapi  apabila berada di kediaman atau kawasan masing-masing.

“Dalam tempoh enam minggu berlangsungnya persidangan, amalkan SOP supaya tidak dijangkiti apabila kembali ke hotel atau komuniti. 

“Walaupun ada saringan suhu, 60 hingga 70 peratus daripada pembawa adalah tidak bergejala. Inilah yang kita bimbangkan. 

“Kegagalan mematuhi SOP menyebabkan individu tersebut boleh dijangkiti Covid-19,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. 

Noor Hisham berkata, bagi pegawai kalau boleh gunakan sidang video dalam mengurangkan kontak jika ada yang bergejala. 

“Sekiranya keadaan memerlukan kehadiran mereka ke parlimen, ujian saringan perlu dilakukan,” katanya.

Mengulas mengenai cadangan ujian berkala setiap dua minggu ke atas Ahli Parlimen dan petugas yang perlu bertugas, Noor Hisham berharap Speaker Dewan Rakyat dapat mempertimbangkan cadangan itu. 

“Kita sudah kemukakan cadangan itu kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan KKM harap ia dapat dipertimbangkan,” katanya.

Sementara itu, mengenai kes positif membabitkan polis bantuan, beliau berkata, individu terbabit bertugas di Pejabat Perdana Menteri.

“Ada tugas khas yang memerlukan dia ke Parlimen sebelum didapati positif selepas  melakukan saringan. 

“Individu itu adalah sebahagian kluster Seridana di Putrajaya yang membabitkan lima polis bantuan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya