Agihan rumah mampu biaya diteruskan dalam tempoh PKPB

Agihan rumah mampu biaya diteruskan dalam tempoh PKPB

AYUB Jamil (tengah) menyempurnakan Majlis Pengundian Terbuka Rumah Mampu Biaya Johor secara dalam talian di Auditorium RTM, Johor Bahru hari ini. - FOTO/KHAIRUL MOHD ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri tetap komited membantu masyarakat memiliki rumah idaman mereka walaupun dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula semalam hingga 6 Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Ayub Jamil berkata, program pengundian terbuka ini akan diteruskan secara atas talian, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Katanya, perkara ini penting bagi membolehkan masyarakat memiliki keperluan asas iaitu kediaman sendiri.

“Program ini akan diteruskan, kita telah mendapat kebenaran Jabatan Kesihatan Negeri Johor untuk menjalankannya dengan mematuhi SOP ditetapkan.

“Kerajaan negeri komited untuk membantu rakyat negeri ini memiliki rumah sendiri. Kita sasarkan untuk menyiapkan sehingga 4,500 unit Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pengundian Terbuka Rumah Mampu Biaya Johor B, Taman Scientex Pulai Mutiara yang dilakukan secara atas talian di Auditorium RTM Johor di sini hari ini.

Ayub turut berkata, selain itu pihaknya juga mensasarkan untuk menyiapkan 5,000 unit RMBJ sepanjang tahun depan.

“Walaupun dalam situasi ekonomi yang sukar ketika ini, program RMBJ akan tetap diteruskan. Ini komitmen dibuat kerajaan negeri dengan kerjasama pemaju swasta serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” ujarnya.

Sementara itu, berhubung isu kediaman tidak terjual di negeri ini, Ayub memberitahu, dianggarkan terdapat kira-kira 12,000 unit kediaman yang mana majoriti daripada merupakan kediaman servis apartmen.

“Kediaman jenis servis apartmen dan studio apartmen kurang terjual atas beberapa sebab termasuklah projek terbengkalai, selain tidak menepati permintaan pasaran.

“Rumah kediaman atas tanah yang tidak terjual dianggarkan sebanyak 5,000 unit yang berharga RM700,000 hingga RM1 juta, sementara rumah atas tanah yang berharga antara RM500,000 masih mendapat permintaan,” ujarnya lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya