AEON salur RM1j untuk misi bantuan - Utusan Malaysia

AEON salur RM1j untuk misi bantuan

ISKANDAR Sarudin (kanan) menyampaikan sumbangan kepada penduduk Kampung Batu Tiga Mambau, Alimah Omar Ali yang terjejas akibat banjir kilat pada 4 November lalu.-UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Syarikat peruncitan, AEON Co. (M) Bhd. memperuntukkan hampir RM 1 juta setahun yang disalurkan melalui Yayasan AEON Malaysia untuk memberi bantuan termasuk ketika berlakunya musibah dan musim-musim perayaan.

Pengerusinya, Datuk Iskandar Sarudin berkata, semua bantuan tersebut sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat bagi meringankan beban setiap penerima.

“AEON sentiasa kedepan setiap kali ada bencana untuk memberikan sumbangan kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Hampir RM1 juta setahun diperuntukkan untuk melaksanakan bantuan seperti kepada mangsa banjir kilat yang berlaku di Seremban,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Batu 3, Mambau, dekat sini hari ini.

Sementara itu, beliau yang juga Penasihat Yayasan AEON Malaysia berkata, lebih kurang 160 orang mangsa banjir tersebut menerima bantuan termasuk dari Kampung Batu 3, Mambau dan beberapa kampung dalam Mukim Rantau.

“Sebagai sebuah syarikat peruncitan di Malaysia kita (AEON) berasa terpanggil untuk memberikan sedikit sumbangan kepada mangsa mangsa banjir untuk meringankan beban mereka.

“Sumbangan kita ini dalam bentuk bahan-bahan makanan sama ada yang asas atau ringan bernilai RM70 untuk setiap seorang. Keseluruhan sumbangan ini adalah bernilai sebanyak RM11,000,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya