Ada pihak intip pergerakan pasukan pemantau-Amirudin - Utusan Malaysia

Ada pihak intip pergerakan pasukan pemantau-Amirudin

AMIRUDIN ketika ditanya pemberita di Foyer Dewan Annex di sini hari ini.-UTUSAN/NOR AZIHAN GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM:  Kerajaan Selangor mendakwa terdapat pihak tidak bertanggungjawab telah melakukan pengintipan pergerakan pasukan pemantau pihak berkuasa sebelum melakukan pencemaran.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini berikutan perbuatan mencemar sumber air itu kebanyakan dilakukan di luar waktu kawalan pasukan tersebut.

“Saya syaki mereka telah kenal pasti waktu bertugas pasukan, perbuatan ini dilakukan di luar waktu kawalan. 

“Lagipun petugas mempunyai jadual, bukan tempoh 24 jam mereka akan berkampung di situ,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Annex Bangunan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, wujud pihak kurang senang di sebalik tindakan tegas yang dilaksanakan kerajaan negeri berkaitan isu pencemaran sungai di negeri ini. 

Beliau yang jelas terkilan apabila sering dipersalahkan apabila insiden pencemaran air di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor berlaku. 

“Ini susulan kejayaan kita menghalang antara lima hingga enam pencemaran daripada berlaku dalam tempoh satu hingga dua minggu ini.

“Saya faham, pasti saya dan exco dipersalahkan, tetapi ada mereka yang tidak senang apabila kita membuat tindakan yang tegas dan bersungguh-sungguh untuk memastikan hal ini tidak berulang.

“Ini satu cabaran kepada kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu air apatah lagi kejadian yang sudah lama tidak berlaku, apabila ia melibatkan loji rawatan Indah Water Konsortium (IWK),” katanya.

Mengulas lanjut mengenai Rang Undang-undang (RUU) Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) semalam, beliau menjelaskan penasihat undang-undang (LA) akan menghantar notis ke istana selepas ini bagi mendapatkan tandatangan Sultan Sulangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membolehkan undang-undang itu dikuatkuasakan.

“Undang-undang ini hanya sah setelah baginda menurunkan tandatangan ataupun jangkaan sebulan dari tempoh RUU tersebut mendapat kululusan di Sidang DUN,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya