AADK Sabak Bernam musnah tiga sarang penagihan - Utusan Malaysia

AADK Sabak Bernam musnah tiga sarang penagihan

AADK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sabak Bernam memusnahkan tiga sarang penagihan dadah dalam Ops Rentas.

Ketua Pegawai AADK Sabak Bernam, Zulazli Hashimuddin berkata, operasi yang bermula sejak 19 Oktober lalu itu mengesan tiga sarang penagihan yang sering menjadi tumpuan penagih.

“Tiga sarang penagihan terbabit dua di Bagan Sungai Besar dan satu di Bagan Sungai Burong. Mereka sering menjadikan hutan bakau dan ladang kelapa sawit sebagai sarang penagihan.

“Kesemua sarang ini dimusnahkan dengan bantuan beberapa agensi kerajaan seperti polis Sabak Bernam, Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Sabak Bernam, Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dan lain-lain agensi lagi,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Ops Rentas yang bermula 19 Oktober sehingga 13 November hadapan bagi menghalang kemasukan tokan serta penagih dadah ke dalam kesemua sarang tersebut.

Dalam pada itu, Zulazli berkata, beberapa tindakan telah diambil oleh pihak AADK serta agensi kerajaan yang terlibat dalam operasi berkenaan.

“Kita telah meletakkan lima orang anggota penguatkuasa di setiap lokasi terpilih bagi memantau kemasukan tokan serta penagih.

“Selain itu, kita juga melakukan pemantauan melalui udara menggunakan dron,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zulazli berkata, pihaknya telah menahan seramai 76 orang penagih dadah dari Januari hingga Oktober lalu.

“Mereka yang ditahan berumur dalam lingkungan 18 hingga 61 tahun dan kebanyakan mereka mengambil dadah jenis heroin, syabu dan ganja,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya