91 sekolah di Kerian ditutup dua minggu mulai esok

91 sekolah di Kerian ditutup dua minggu mulai esok

RAZMAN ZAKARIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebanyak 91 buah sekolah di seluruh daerah Kerian ditutup selama dua minggu mulai Sabtu ini hingga 20 November berikutan risiko penularan wabak Covid-19 yang tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil negeri, Razman Zakaria berkata, penutupan melibatkan sekolah rendah dan menengah, Kolej Vokasional serta sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan.

“Tindakan menutup sekolah dibuat sebagai langkah pencegahan awal, selari dengan kehendak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan nasihat Kementerian Kesihatan.

“Semua ibu bapa dan guru diminta terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan memastikan penjagaan jarak fizikal ketika berada di tempat awam, pemakaian pelitup muka dan penjagaan kebersihan diri.

“Diharapkan semua ibu bapa memantau kesihatan anak masing-masing dan segera mendapatkan rawatan sekiranya didapati bergejala seperti demam, batuk dan selesema khususnya bagi murid yang bersekolah di sekolah-sekolah terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hari ini, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Mukim Parit Buntar berkuat kuasa Sabtu ini sehingga 20 November depan.

Sehingga 3 November lalu, sebanyak 12 kes positif Covid-19 direkodkan di daerah berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya