84 tan daging kerbau sejuk beku dari India dirampas - Utusan Malaysia

84 tan daging kerbau sejuk beku dari India dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri merampas hampir 84 tan daging kerbau sejuk beku dalam pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini kelmarin.

Daging tersebut ditemukan ketika pemeriksaan tiga kontena kira-kira pukul 4.20 petang.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, rampasan itu dibuat selepas mendapati produk berkenaan tidak mematuhi syarat permit import seperti yang dikeluarkan pihaknya.

“Kita menyita sebanyak 83,988 kilogram daging kerbau sejuk beku bernilai kira-kira RM1 juta itu untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan mendapati produk itu cuba dibawa masuk ke negara ini dari India tanpa menerusi saluran sah,” katanya kepada pemberita di sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya