74 mangsa banjir dipindahkan di Kedah - Utusan Malaysia

74 mangsa banjir dipindahkan di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seramai 74 mangsa membabitkan 18 keluarga dipindahkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS)  selepas kampung mereka dilanda banjir setakat petang ini.

Penyelaras Sekretariat Jawatankuasa  Pengurusan Bencana Negeri Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata, dua PPS yang dibuka itu adalah di Sekolah Kebangsaan Malau di Kubang Pasu dan di surau Kampung Permatang Limau, Pokok Sena.

Katanya, di Sekolah Kebangsaan Malau terdapat 15 keluarga yang membabitkan 62 ahli keluarga  dan pusat pemindahan sementara itu dibuka sejak pukul 8 malam semalam.

“Di Kubang Pasu, paras air semakin surut  dan bagaimanapun masih dalam keadaan berjaga-jaga  berikutan ramalan hujan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

“Bagi kawasan Pokok Sena pula  terdapat  tiga keluarga yang membabitkan  12 orang yang dipindahkan hari ini,” katanya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya