736 berada di pusat pemindahan di Perak - Utusan Malaysia

736 berada di pusat pemindahan di Perak

PASUKAN menyelamat membantu membawa penduduk ke kawasan selamat selepas banjir berlaku di Ijok semalam. - GAMBAR IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Keadaan banjir di negeri ini kian buruk apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) bertambah kepada 736 orang daripada 257 keluarga hari ini berbanding 319 orang semalam.

Jumlah mangsa banjir membabitkan enam PPS itu direkodkan sehingga pukul 6 pagi tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, sebuah PPS baharu dibuka di Ijok pada pukul 7 petang semalam membabitkan 364 orang daripada empat buah kampung yang terjejas.

Katanya, kesemua penduduk dari Kampung Bendang Luas, Kampung Teras, Kampung Masjid dan Kampung Batu Gelugor itu ditempatkan di PPS Masjid Toh Paduka.

“Sebuah lagi PPS di Felda Ijok juga merekodkan jumlah mangsa banjir yang tinggi iaitu seramai 103 orang daripada 25 keluarga. Kesemua mereka ditempatkan di Dewan Semai Bakti di Felda berkenaan.

“Jumlah tersebut menjadikan Larut sebagai daerah yang merekodkah jumlah mangsa banjir paling tinggi iaitu 467 orang,” katanya

Menurut beliau, di Bagan Serai, seramai 152 orang daripada 63 keluarga ditempatkan di PPS SK Parit Haji Aman manakala di Kubu Gajah, terdapat 55 mangsa daripada 15 keluarga berada di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Ara.

“PPS SRAR Ngah Ibrahim di Bukit Gantang menempatkan 47 mangsa daripada 14 keluarga.

” PPS Dewan MPTI, Langkap di Sungai Manik pula kekal menempatkan 15 orang daripada 15 keluarga,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya