60 mangsa masih di PPS Melaka - Utusan Malaysia

60 mangsa masih di PPS Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai 60 mangsa banjir masih berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini yang masih dibuka di daerah Jasin setakat pukul 10 pagi ini.

Kesemua mereka terdiri daripada 14 keluarga yang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel, Bemban dan SK Parit Gantong, Sungai Rambai.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, 51 penduduk berada di SK Parit Gantong, manakala selebihnya di SK Tehel.

“Banjir di kawasan rumah mereka sedang beransur pulih meskipun masih digenangi air, agensi-agensi berkaitan terus memantau keadaan semasa,” katanya di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya