506 mangsa banjir di Terengganu  - Utusan Malaysia

506 mangsa banjir di Terengganu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 506 mangsa daripada 126 keluarga masih ditempatkan di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, jumlah itu sedikit menurun berbanding 520 orang yang direkodkan petang semalam.

Katanya, setakat pukul 10 pagi ini kesemua mereka yang terjejas membabitkan daerah Kuala Nerus dengan seramai  233 orang diikuti Dungun (132), Marang (100), Kuala Terengganu (38) dan Setiu (3).

“Keadaan pada fasa gelombang kedua banjir ini menyaksikan hujan renyai-renyai yang berterusan di samping mendung di seluruh negeri.

“Situasi ini dijangka berlarutan sehingga dua hari lagi dan walaupun ada penduduk yang sudah kembali ke rumah masing-masing, namun kita tetap meminta mereka berwaspada dengan sebarang risiko banjir,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya