50,000 peluang kerja menerusi MySTEP - Utusan Malaysia

50,000 peluang kerja menerusi MySTEP

KERAJAAN perlu kreatif untuk mewujudkan peluang pekerjaan baharu di negara kita. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperkenalkan inisiatif MySTEP atau Short-term Employment Program dengan peruntukan lebih RM700 juta.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, inisiatif tersebut akan menawarkan 50,000 peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan Syarikat Milik Kerajaan (GLC) mulai Januari tahun depan.

“Sebanyak 35,000 peluang pekerjaan akan ditawarkan dalam sektor awam dan keutamaan pengisian bagi perjawatan seperti jururawat, pembantu perubatan, pegawai kebajikan masyarakat dan guru sementara.

“Dalam syarikat GLC pula akan menyediakan 15,000 peluang pekerjaan yang mengutamakan bidang teknikal dan kewangan,” beliau ketika membentangkan Belanjawan 2021 hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN