44 PATI ditahan di perairan Desaru Coast - Utusan Malaysia

44 PATI ditahan di perairan Desaru Coast

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI : Pasukan Reaksi Pantas (QRF) Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1KAD) berjaya menahan 44 pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi Op Benteng yang dijalankan di perairan Desaru Coast, Bandar Penawar di sini hari ini.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, semua mereka ditahan dalam serbuan pada pukul 3.14 pagi setelah pasukan itu berjaya mengesan kehadiran sebuah bot di perairan negeri ini pukul 2.30 pagi.

“Serbuan itu kemudian dibuat selepas 45 minit sebaik sahaja bot itu mendarat dan 44 PATI warga Indonesia dipercayai menunggu bot berkenaan untuk pulang ke negara asal mereka.

“Dalam pada itu, seramai 19 orang berserta seorang wanita tempatan berusia 43 tahun ditahan kerana cuba masuk ke negara ini menggunakan laluan yang tidak sah,” katanya kenyataan itu di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, pihaknya juga merampas sejumlah wang tunai terdiri daripada mata wang Malaysia berjumlah RM41,982 dan mata wang Indonesia 45.87 juta rupiah serta beberapa mata wang asing lain dan dirampas adalah 16 telefon bimbit dan 15 utas jam tangan.

“Semua PATI ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut,” kata kenyataan sama lagi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya