4,300 pelanggan AKSB di Bachok diminta bersabar - Utusan Malaysia

4,300 pelanggan AKSB di Bachok diminta bersabar

Keadaan paip air yang rosak di Tanjung Hilir, Bachok menyebabkan 4,300 akaun pelanggan AKSB berdepan gangguan bekalan air bersih sejak semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Air Kelantan Sdn.Bhd (AKSB) sedang menjalankan kerja-kerja baik pulih paip air bersih yang terputus di Tanjung Hilir, di sini semalam, sekali gus menyebabkan gangguan bekalan air kepada kira-kira 4,300 akaun pengguna di daerah ini

Ketua Jabatan Operasi AKSB, Wan Khairuddin Wan Omar berkata, kerja baik pulih paip itu dilakukan secara berperingkat dan dijangka pulih sepenuhnya hari ini.

“AKSB memohon maaf kepada semua pengguna yang terlibat ekoran kesulitan yang berlaku.

“AKSB sedang bertungkus lumus menyiapkan kerja membaik pulih paip agar gangguan bekalan air di kawasan itu pulih secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, antara kawasan terlibat Bandar Bachok, Kampung Nipah, Kampung Kemudi (dari Pantai Batu hingga ke Simpang 3 Melawi), Kampung Tok Burung dan Pantai Damat.

Turut terlibat kawasan Kubang Kawah, Perupok, Kampung Kubang Golok, Kampung Balai, Kampung Sungai, Pengkalan Baru dan Beris Kubor Besar.

Kenyataan itu turut memberitahu, kaunter AKSB dibuka bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang untuk kemudahan orang ramai berurusan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini yang bermula kelmarin.

Sebarang pertanyaan atau aduan orang ramai boleh menghubungi pusat info dan talian aduan AKSB iaitu 15777 atau WhatsApp kepada 019-575 5777.- UTUSAN ONLINE

Habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya