427 hektar tanah kerajaan negeri diceroboh - Amirudin - Utusan Malaysia

427 hektar tanah kerajaan negeri diceroboh – Amirudin

AMIRUDIN SHARI ketika persidangan Dewan Udangan Negeri Selangor hari ini. - FOTO/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kira-kira 427 hektar tanah di negeri ini melibatkan sembilan daerah telah diceroboh dengan melibatkan pelbagai aktiviti terutama pertanian.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, antara yang banyak dilakukan oleh penceroboh ialah melakukan aktiviti pertanian, sebelum bertukar kepada membina perumahan.

“Bukan itu sahaja, ada juga sebahagian pencerobohan dilakukan dengan aktiviti peletakan penempatan sampah haram dan stor di kawasan tanah yang diceroboh.

“Kerajaan negeri telah mengambil tindakan dengan menyerahkan notis 425 Kanun Tanah Negara 1965 Pentadbir Tanah Berkaitan untuk tindakan seterusnya. Bagi yang melakukan aktiviti perumahan, kita telah memberikan notis mengeluarkan mereka daripada kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd. Fakhrulrazi Mohd. Mokhtar berhubung keluasan tanah kerajaan yang telah dicerobohi dan aktiviti yang dilakukan penceroboh.

Terdahulu, sembilan daerah tanah kerajaan diceroboh ialah Petaling dan Kuala Selangor 40.4 hektar; Klang (86.1); Gombak (32.3); Hulu Langat (34); Sepang (29.1); Kuala Langat (142.8); Hulu Selangor (20.2) dan Sabak Bernam (1.41).

Mengulas lanjut, Amirudin yang juga merupakan ADUN Sungai Tua berkata, sejak 2008 sehingga 2014, kerajaan negeri telah melakukan proses pemutihan rumah diduduki tanpa kebenaran.

“Bagaimanapun, selepas 2014, kerajaan negeri telah memberi pemilikan tanah kosong iaitu dengan meletakkan pada harga pasaran.

“Kita sedar ini bukan syarat untuk bina rumah tanpa kebenaran tetapi sebagai salah satu usaha pemutihan pencerobohan tanah yang dilakukan kerajaan negeri sejak 2008,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN