4 mat rempit ditahan ketika beraksi - Utusan Malaysia

4 mat rempit ditahan ketika beraksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Keseronokan empat mat rempit melakukan aksi bahaya mengundang padah apabila mereka ditahan dalam Op Samseng Jalanan dan Lumba Haram di Jalan Kota Bharu – Pasir Puteh dan Jalan Chempaka, di sini awal pagi ini.

Empat lelaki berusia antara 16 hingga 26 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1 hingga 3 pagi oleh sepasukan anggota polis yang sedang menjalankan operasi di kawasan terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, pihaknya turut menyita empat motosikal jenis Honda EX5, C70, RS150 dan LC135 yang ditunggang mereka.

Katanya, kesemua lelaki yang ditahan itu dilihat melakukan kesalahan dengan membuat aksi mengangkat tayar hadapan selain memecut laju, menundukkan kepala sambil mencelah antara kenderaan lain.

“Kesemua yang ditahan itu masing-masing merupakan pelajar, mekanik, peniaga dan buruh. Keempat-empat mereka berasal dari Kota Bharu.

“Mereka menunggang motosikal secara melulu dan membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahim, siasatan mendapati, kumpulan itu dikatakan melakukan aksi berbahaya untuk mencuba kelajuan motosikal masing-masing.

Keempat-empat penunggang motosikal ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang motosikal secara berbahaya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, polis turut mengeluarkan 26 saman atas pelbagai kesalahan terhadap penunggang motosikal sepanjang operasi tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya