378 mangsa banjir dipindahkan di Kulim - Utusan Malaysia

378 mangsa banjir dipindahkan di Kulim

ANGGOTA Pertahanan Awam Malaysia meninjau salah sebuah rumah yang dilanda banjir di Kulim, malam tadi. - FOTO/AZHAR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Seramai 378 mangsa daripada 98 keluarga yang terjejas berikutan banjir di daerah ini dipindahkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di sini sejak petang semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kulim, Leftenan (PA) Mohd. Fadhil Fahmi  Zaini berkata, mangsa terbabit ditempatkan di PPS Masjid Sungai Seluang, Surau Taman Sang Kancil dan Sekolah Kebangsaan Sungai Limau dalam Mukim Lunas.

“Hujan lebat melanda daerah ini kira-kira pukul 4 petang semalam dan berlarutan hampir dua jam menyebabkan kawasan air dari kawasan berbukit turun ke tempat rendah serta air dari beberapa batang sungai turut melimpah.

“Pihak APM menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.40 petang semalam dan PPS itu dibuka kira-kira pukul 7 petang,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Beliau berkata, antara kawasan lain yang terlibat banjir ialah Mukim Kulim, Mukim Sungai Ular, Mukim Padang Meiha dan Mukim Sungai Seluang.

Katanya, antara kawasan lain yang terlibat banjir ialah Mukim Kulim, Mukim Sungai Ular, Mukim Padang Meiha dan Mukim Sungai Seluang, namun tiada mangsa yang dipindahkan setakat ini.

“Selain pihak APM, agensi lain yang terlibat ialah Pejabat Daerah dan Tanah Kulim, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dan Polis Diraja Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN